Friday, January 8, 2010

Package Umrah Percuma - Open to Public

Assalamualaikum semua

Permulaan tahun baru yang baik bagi kami di Taipan181 Putrajaya. Ini kerana syarikat menawarkan pakej untuk menunaikan Umrah atau melancong ke Switzerland secara percuma. Juga secara tak langsung melayakkan kita untuk memiliki kereta idaman melalui hadiah tabung kereta sekiranya berjaya memiliki pakej Umrah tersebut.  Jom menunaikan Umrah secara percuma dan imbuhan lain akan menyusul kemudian hari. InsyaAllah.

Hubungi kami 012-6507471 (Idan) & 012-6308784 (Sue) untuk maklumat lanjut bagaimana anda juga boleh menunaikan umrah secara percuma.

Thursday, August 14, 2008

Moga hari kita lebih ceria dan dilimpahi rahmat dan kurnia dari Nya


Song lyrics | Lovely Day lyrics

Tuesday, August 12, 2008

Merdeka Cup Futsal

Hii.. Sekarang ni kat mana-mana futsal court kita pergi pun, kita akan jumpa banner Merdeka Cup Futsal Tournament. Kadang-kadang satu tempat sampai ada 2 tournament yg berkaitan dengan Merdeka. Yang bagusnya tahun ni punya merdeka tournament dah mula seawal 16 dan 17 Ogos, mmm awal tu kalau nak dikira jarak dengan Hari Kebangsaan kita. Tapi kalau kira sambutan bulan kemerdekaan, memang dah masuk dalam hari sambutan dah pun (16 Ogos - 16 Sept.).

Macam-macam pertandingan futsal bulan kemerdekaan, terlalu ramai penganjur dan tak lupa juga hadiah-hadiah lumayan yang tawarkan kepada pasukan yang menang. Pendek kata, jaguh-jaguh futsal satu Malaysia mesti turun punyalah untuk merebut hadiah wang tunai tu. Duit beb, sape taknak. Jaguh dari serata negara akan berkumpul nak rebut hadiah RM2000, RM4000, RM6000 pun ada. Tak ketinggalan pemain futsal negara pun join sama.

Apa-apa pun, merdeka cup tu merdeka cup juga. Hadiah pun menarik, tapi jangan lupa bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Bukan semangat mata duitan je. Ingat hari kemerdekaan adalah hari kebebasan negara kita dari segala idealogi penjajah. Jangan la sebab duit 2-3 ribu kita ikut perangai Israel yang suka berperang tu. Merdekakan diri kita dulu, baru terasa nikmat hidup dibumi bertuah ni.

Jadi apa tunggu lagi, daftarlah pasukan anda dimana-mana venue merdeka cup sekarang, menang atau kalah tak penting. Yang penting kita bersukan dengan penuh semangat kesukanan. Jumpa anda disana.

- Jom Main Futsal -

Monday, August 11, 2008

Futsal Flextronics

Pada hari Sabtu 9 Ogos 2008, Frenzy Futsal telah memberi peluang kepada kami untuk mengadili karnival futsal pekerja-pekerja flextronics. Acara bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.

Sebanyak 31 pasukan lelaki dan 20 pasukan wanita bertanding bagi merebut piala kejohanan dan hadiah-hadiah yang ditawarkan. Walaupun mereka bermain atas nama pertandingan, tetapi semangat kesukanan kesemua pemain pada hari itu patut diberikan pujian kerana pekerja flextronics terdiri dari warga myanmar, vietnam, nepal, indonesia dan rakyat tempatan bermain atas dasar mengeratkan persahabatan sesama kakitangan flextronics.

Johan membawa pulang piala, hamper dan wang tunai RM300. Tahniah kepada pemenang dan kita jumpa lagi tahun depan.

- Jom Main Futsal -

Saturday, July 5, 2008

IBM Interdept. Futsal

Pada 5/7/2008, kami telah diberi kepercayaan mengadili IBM Interdept. Futsal yang berlansung di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya. Acara bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 3 petang. Secara ringkasnya IBM telah memberikan kerjasama yang baik kepada kami, walaupun terdapat sedikit masalah (seorang pengadil kami tidak dapat hadir kerana kematian ahli keluarga) , walau bagaimana pun masalah itu telah dapat diselesaikan dan kejohanan dapat dijalankan seperti biasa.

Terima kasih dari pihak kami atas kepercayaan yang telah diberikan IBM kepada kami, dan berharap kerjasama ini akan berterusan bagi tahun-tahun yang akan datang. Terima kasih.

- Jom Main Futsal -

Monday, June 30, 2008

MBSA Interdept.



Pada 28 Jun 2008 yang lalu, kami telah dipanggil untuk menyediakan pengadil bagi Futsal Antara Jabatan MBSA di Frenzy Futsal, Seksyen 15 Shah Alam. Kejohanan dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2 petang.

Seperti biasa adat permainan ada kalah dan menang, bagi pasukan yang menang tahniah diucapkan dan pada yang tewas, cuba lagi tahun depan. Tahniah juga kepada MBSA kerana berjaya menganjurkan acara ini bagi merapatkan lagi hubungan di antara kakitangan MBSA tanpa mengira bidang tugas masing-masing.

Terima kasih dari kami kepada pihak Frenzy Futsal kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menyediakan pengadil bertugas bagi kejohanan tersebut.

- Jom Main Futsal -

Tuesday, June 24, 2008

Friday Futsal Mini Tournament

Salam kepada semua peminat futsal sekitar Lembah Klang. Bertempat di Sports Planet Ampang pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam akan berlansung Friday Futsal Mini Tournament yang dianjurkan oleh Friday Futsal (Bro Adie).

Yuran penyertaan RM80 (open) dan RM70(bawah17 tahun), hadiah menarik disediakan setiap minggu bagi pemenang dan hadiah yang lebih menarik untuk pasukan yang mendapat ranking terbaik bagi satu-satu musim kejohanan.

Datanglah beramai-ramai dan jumpa anda disana.

- Jom Main Futsal -