Friday, May 23, 2008

VIOBA Futsal Tournament

18 Mei 2008 : Melalui Sports Planet Ampang, GFEM telah diberi peluang untuk menjayakan VIOBA Futsal Tournament anjuran bekas pelajar Victoria Institute. Kejohanan bermula agak lewat sekitar jam 10.00pagi dan berakhir jam 6.oo petang.

Kejohanan yang menyaksikan penyertaan bekas pelajar VI dari tahun 1983 - 2007 ini juga turut disertai pasukan jemputan dari penaja dan juga bekas pelajar-pelajar Saint John School. Tidak ketinggalan pasukan jemputan dikalangan selebriti seperti Zahid, Mila dan Media.

Penutup kejohanan menyaksikan perlawanan persahabatan antara bekas pelajar VI menentang bekas pelajar SJS yang berkesudahan dengan SJS menewaskan VI dengan jaringan 2-1.

- Jom Main Futsal -

Kejohanan Futsal Majikan Mesra Zakat 2008

17 Mei 2008 : Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah mengadakan Kejohanan Futsal Majikan Mesra Zakat 2008 dengan kerjasama Arina Sport Management (ASM) dan Sports Planet Ampang (SPA). Gila Futsal telah diberi kepercayaan oleh ASM untuk menyediakan pengadil perlawanan pada hari kejohanan tersebut.

Kejohanan yang disertai oleh PPZ sebagai tuan rumah, Agro Bank, Bank Rakyat, ECM Libra, Tanjung Offshore, Kumpulan Utusan Mediam, Toyota dan beberapa syarikat besar yang lain telah bertanding pada hari kejohanan dengan penuh semangat kesukanan. Tahniah kepada PPZ atas penganjuran yang baik semoga berterusan di masa akan datang.

Ribuan terima kasih kepada ASM dan SPA kerana memberi peluang kepada GFEM untuk turut sama menjayakan acara tersebut.

- Jom Main Futsal -