Sunday, March 30, 2008

Liga Futsal Cyberjaya Finale

Pada 30 Mac 2008, Liga Futsal Cyberjaya anjuran Cyberview Sdn. Bhd peringkat akhir bagi ketegori lelaki dan wanita telah berlansung. Sebanyak 16 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita telah melayakkan diri ke pusingan akhir ini bagi merebut hadiah wang tunai RM1000 (lelaki) dan RM800 (wanita).

Pertandingan bermula pada jam 9.30pagi. Seperti biasa berlaku sedikit kelewatan atas sebab pasukan-pasukan yang bertanding hanya tiba seawal jam 9.00 pagi. Kesemua pasukan bertanding dalam peringkat kumpulan bagi pusingan kedua dan dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan bermain di peringkat seterusnya.

Antara pasukan yang bertanding adalah bagi ketegori lelaki adalah JPA, Nirrodhu, Maldives, Total 9, Rimba Muda, FC Barcelona, Nouvus, A3 United, Kiro, ZBSC A, ZBSC B, Bob FC, MSCTC, New Team, KVSC dan Seven7. Manakala bagi ketegori wanita pula pasukan yang bertanding adalah Pu3 Kickerz, Just Daisies, Titans, Air Sejuk, 3ple 9, MBSA, Dhicyberz Girls dan User Friendly.

Keputusan Akhir Liga Futsal Cyberjaya anjuran Cyberview Sdn. Bhd. adalah :

Ketegori Lelaki :

  1. Johan : JPA FC
  2. N/Johan : Kiro FC
  3. Ke-3 : A3 United
  4. Ke-4 : Total 9

Ketegori Wanita :
  1. Johan : Pu3 Kickerz
  2. N/Johan : MBSA
  3. Ke-3 : User Friendly
  4. Ke-4 :Just Daisies

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Yuri dari Cyberview Sdn. Bhd. Kejohanan futsal cyberjaya telah ditutup dengan rasminya pada pukul 5.30 petang.


- Jom Main Futsal -

Saturday, March 29, 2008

Liga Futsal Cyberjaya (Wanita)

Pada 29 Mac 2008, Liga Futsal Cyberjaya anjuran Cyberview Sdn. Bhd bersambung, kali ini dengan mengadakan pertandingan futsal bahagian wanita. Sebanyak 10 pasukan bertanding pada hari ini bagi merebut 8 tempat ke pusingan seterusnya.

Pertandingan bermula pada jam 2.00 petang. Berlaku sedikit kelewatan atas sebab-sebab teknikal, tetapi segalanya telah di atasi oleh pihak penganjur dengan baik. Gila Futsal telah dipertanggungjawabkan mengurus hal-hal berkaitan dengan undang-undang permainan dan menguruskan pegawai pertandingan(pengadil) pada hari pertandingan.
Antara pasukan yang bertanding adalah, Pu3 Kickerz, Just Daisies, Titans, Air Sejuk, 3ple 9, MBSA, Cyberz Girls dan beberapa pasukan lagi. Pusingan awal telah menyaksikan penguasaan Pu3 Kickerz dan Just Daisies. Bagaimana pun kedua-dua pasukan ini bertemu dengan lawan yang memberikan saingan hebat sehingga ke wisel penamat.

Peringkat suku akhir akan diadakan pada esok hari dan berjalan serentak dengan perlawanan pusingan kedua lelaki.

- Jom Main Futsal -

Saturday, March 22, 2008

Liga Futsal Cyberjaya Bermula

Hari ini telah bermulanya Liga Futsal Cyberjaya anjuran Cyberview Sdn. Bhd yang berlansung di gelanggang futsal Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dari pukul 8.30 pagi - 4.00 petang. Sebanyak 44 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlansung sehingga penghujung bulan Mac ini.
Pasukan futsal lelaki dibahagikan kepada 11 kumpulan dan perempuan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pusingan awal akan menyaksikan setiap pasukan akan bertanding secara round robbin untuk merebut kelayakan bagi ke pusingan kedua. Pada hari ini, (hari pertama kejohanan) sebanyak 24 pasukan lelaki telah bertanding dalam 6 kumpulan yang berasingan. Secara keseluruhan, kejohanan futsal ini berlansung dengan baik tanpa dicemari insiden-insiden yang tidak diingini. Seramai 6 orang pengadil futsal telah dilantik bagi memastikan kelancaran pertandingan dan memastikan pemain sentiasa mematuhi undang-undang permainan.
Antara pasukan yang layak ke pusingan kedua adalah Rimba Muda, Total 9, New Team, Kiro, Arena FC, KVSC, dan MSCTC. Kejohanan hari pertama tamat pada pukul 4.30 petang dan akan disambung pada hari ahad 23 Mac 2008. Esok pasti menjanjikan saingan yang lebih hebat antara pasukan futsal yang bertanding.

- Jom Main Futsal -

Thursday, March 13, 2008

Pengumuman (Ulang Suara)

Kami menyediakan perkhidmatan mengurus dan menyelaras acara sukan bagi orang perseorangan, syarikat-syarikat koperat, persatuan dan badan kebajikan, kerajaan atau badan berkanun. Bidang kami :
  1. Gila Futsal memberi khidmat nasihat berkaitan penganjuran, persiapan penganjuran, teknikal dan memastikan kelancaran acara yang dianjurkan.
  2. Gila Futsal menerima tempahan cenderahati, pingat dan piala untuk kejohanan.
  3. Gila Futsal menyediakan pengadil-pengadil bertauliah dan berpengalaman mengadili banyak kejohanan sekitar lembah kelang, terutamanya kejohanan yang berlansung di Sport Planet.
  4. Gila Futsal memberi perkhidmatan yang baik pada kadar caj perkhidmatan yang berpatutan.
- Jom Main Futsal -

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi GilaFustal Admin melalui :
h/p : 012-6507471
YM! : gilafutsal6

Liga Futsal Cyberjaya

Cyberjaya menganjurkan satu liga futsal yang akan berlansung pada 22, 23, 29 dan 30 Mac 2008. Hadiah-hadiah menarik akan menanti pemenang. Format perlawanan dalam bentuk liga bagi pusingan pertama. Dan peraturan kalah mati akan dilaksanakan di pusingan kedua hingga ke pusingan akhir (final). Undang-undang permainan mengikut undang-undang FIFA (pindaan dari segi jangkamasa permainan, bilangan pemain, saiz padang tertakluk kepada jawatankuasa penganjur).
Terbuka kepada semua pasukan futsal sekitar Cyberjaya dan Lembah Kelang. Anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut.


- Jom Main Futsal -