Sunday, June 15, 2008

Futsal Belia Selangor

Pada 28/6/2008 akan berlansung satu kejohanan Futsal Belia Selangor, kejohanan ini terbuka kepada semua pasukan tetapi dihadkan kepada 40 pasukan pertama yang membuat pembayaran sahaja.

Hadiah menarik disediakan oleh pihak penganjur kejohanan.

Kepada yang berminat bolehlah menghubungi En. Iskandar ditalian : 016-3229345.

- Jom Main Futsal -

Pemberitahuan : Gila Futsal Event Management bukan penganjur kejohanan ini, kami cuma membuat pengumuman mengenai kejohanan ini agar kuota penyertaan dapat dipenuhi. Terima Kasih



Tuesday, June 10, 2008

Adidas Mini Tournament @ Frenzy Futsal Shah Alam

Salam kepada semua peminat futsal sekitar Shah Alam. Bertempat di Frenzy Futsal pada setiap hari Khamis jam 10.00 malam akan berlansung Adidas Mini Tournament yang dianjurkan oleh Friday Futsal (Bro Adie).

Yuran penyertaan RM80, dan hadiah menarik disediakan setiap minggu bagi pemenang dan hadiah yang lebih menarik untuk pasukan yang mendapat ranking terbaik bagi satu-satu musim kejohanan.

Datanglah beramai-ramai dan jumpa anda disana.


- Jom Main Futsal -

Friday, May 23, 2008

VIOBA Futsal Tournament

18 Mei 2008 : Melalui Sports Planet Ampang, GFEM telah diberi peluang untuk menjayakan VIOBA Futsal Tournament anjuran bekas pelajar Victoria Institute. Kejohanan bermula agak lewat sekitar jam 10.00pagi dan berakhir jam 6.oo petang.

Kejohanan yang menyaksikan penyertaan bekas pelajar VI dari tahun 1983 - 2007 ini juga turut disertai pasukan jemputan dari penaja dan juga bekas pelajar-pelajar Saint John School. Tidak ketinggalan pasukan jemputan dikalangan selebriti seperti Zahid, Mila dan Media.

Penutup kejohanan menyaksikan perlawanan persahabatan antara bekas pelajar VI menentang bekas pelajar SJS yang berkesudahan dengan SJS menewaskan VI dengan jaringan 2-1.

- Jom Main Futsal -

Kejohanan Futsal Majikan Mesra Zakat 2008

17 Mei 2008 : Pusat Pungutan Zakat (PPZ) telah mengadakan Kejohanan Futsal Majikan Mesra Zakat 2008 dengan kerjasama Arina Sport Management (ASM) dan Sports Planet Ampang (SPA). Gila Futsal telah diberi kepercayaan oleh ASM untuk menyediakan pengadil perlawanan pada hari kejohanan tersebut.

Kejohanan yang disertai oleh PPZ sebagai tuan rumah, Agro Bank, Bank Rakyat, ECM Libra, Tanjung Offshore, Kumpulan Utusan Mediam, Toyota dan beberapa syarikat besar yang lain telah bertanding pada hari kejohanan dengan penuh semangat kesukanan. Tahniah kepada PPZ atas penganjuran yang baik semoga berterusan di masa akan datang.

Ribuan terima kasih kepada ASM dan SPA kerana memberi peluang kepada GFEM untuk turut sama menjayakan acara tersebut.

- Jom Main Futsal -

Sunday, March 30, 2008

Liga Futsal Cyberjaya Finale

Pada 30 Mac 2008, Liga Futsal Cyberjaya anjuran Cyberview Sdn. Bhd peringkat akhir bagi ketegori lelaki dan wanita telah berlansung. Sebanyak 16 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita telah melayakkan diri ke pusingan akhir ini bagi merebut hadiah wang tunai RM1000 (lelaki) dan RM800 (wanita).

Pertandingan bermula pada jam 9.30pagi. Seperti biasa berlaku sedikit kelewatan atas sebab pasukan-pasukan yang bertanding hanya tiba seawal jam 9.00 pagi. Kesemua pasukan bertanding dalam peringkat kumpulan bagi pusingan kedua dan dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan bermain di peringkat seterusnya.

Antara pasukan yang bertanding adalah bagi ketegori lelaki adalah JPA, Nirrodhu, Maldives, Total 9, Rimba Muda, FC Barcelona, Nouvus, A3 United, Kiro, ZBSC A, ZBSC B, Bob FC, MSCTC, New Team, KVSC dan Seven7. Manakala bagi ketegori wanita pula pasukan yang bertanding adalah Pu3 Kickerz, Just Daisies, Titans, Air Sejuk, 3ple 9, MBSA, Dhicyberz Girls dan User Friendly.

Keputusan Akhir Liga Futsal Cyberjaya anjuran Cyberview Sdn. Bhd. adalah :

Ketegori Lelaki :

  1. Johan : JPA FC
  2. N/Johan : Kiro FC
  3. Ke-3 : A3 United
  4. Ke-4 : Total 9

Ketegori Wanita :
  1. Johan : Pu3 Kickerz
  2. N/Johan : MBSA
  3. Ke-3 : User Friendly
  4. Ke-4 :Just Daisies

Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Yuri dari Cyberview Sdn. Bhd. Kejohanan futsal cyberjaya telah ditutup dengan rasminya pada pukul 5.30 petang.


- Jom Main Futsal -

Saturday, March 29, 2008

Liga Futsal Cyberjaya (Wanita)

Pada 29 Mac 2008, Liga Futsal Cyberjaya anjuran Cyberview Sdn. Bhd bersambung, kali ini dengan mengadakan pertandingan futsal bahagian wanita. Sebanyak 10 pasukan bertanding pada hari ini bagi merebut 8 tempat ke pusingan seterusnya.

Pertandingan bermula pada jam 2.00 petang. Berlaku sedikit kelewatan atas sebab-sebab teknikal, tetapi segalanya telah di atasi oleh pihak penganjur dengan baik. Gila Futsal telah dipertanggungjawabkan mengurus hal-hal berkaitan dengan undang-undang permainan dan menguruskan pegawai pertandingan(pengadil) pada hari pertandingan.
Antara pasukan yang bertanding adalah, Pu3 Kickerz, Just Daisies, Titans, Air Sejuk, 3ple 9, MBSA, Cyberz Girls dan beberapa pasukan lagi. Pusingan awal telah menyaksikan penguasaan Pu3 Kickerz dan Just Daisies. Bagaimana pun kedua-dua pasukan ini bertemu dengan lawan yang memberikan saingan hebat sehingga ke wisel penamat.

Peringkat suku akhir akan diadakan pada esok hari dan berjalan serentak dengan perlawanan pusingan kedua lelaki.

- Jom Main Futsal -

Saturday, March 22, 2008

Liga Futsal Cyberjaya Bermula

Hari ini telah bermulanya Liga Futsal Cyberjaya anjuran Cyberview Sdn. Bhd yang berlansung di gelanggang futsal Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dari pukul 8.30 pagi - 4.00 petang. Sebanyak 44 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita mengambil bahagian dalam kejohanan yang berlansung sehingga penghujung bulan Mac ini.
Pasukan futsal lelaki dibahagikan kepada 11 kumpulan dan perempuan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Pusingan awal akan menyaksikan setiap pasukan akan bertanding secara round robbin untuk merebut kelayakan bagi ke pusingan kedua. Pada hari ini, (hari pertama kejohanan) sebanyak 24 pasukan lelaki telah bertanding dalam 6 kumpulan yang berasingan. Secara keseluruhan, kejohanan futsal ini berlansung dengan baik tanpa dicemari insiden-insiden yang tidak diingini. Seramai 6 orang pengadil futsal telah dilantik bagi memastikan kelancaran pertandingan dan memastikan pemain sentiasa mematuhi undang-undang permainan.
Antara pasukan yang layak ke pusingan kedua adalah Rimba Muda, Total 9, New Team, Kiro, Arena FC, KVSC, dan MSCTC. Kejohanan hari pertama tamat pada pukul 4.30 petang dan akan disambung pada hari ahad 23 Mac 2008. Esok pasti menjanjikan saingan yang lebih hebat antara pasukan futsal yang bertanding.

- Jom Main Futsal -